CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, April 28, 2009

DISCO DITELAN BUMI


Ini ler akibatnyer kalau galak sangat...... so kawan2 jgan galak2 k...


Sunday, April 26, 2009

KEBAIKAN MANDI......

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya…

Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit :
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala :
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti
lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia :
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Thursday, April 23, 2009

Fakta2 menarik

  • Ubat gigi jenama Colgate mula diperkenalkan di Perancis dengan nama Cue, mengambil sempena nama sebuah majalah lucah.

  • Macamana la unta boleh lindung matadia dari habuk2, pasir kat pdg pasirkan?? sebab unta ada 3 lapis kelopak mata..

  • Makanan yg pling digemari oleh lipas ialah gam yg berada di belakang setem.

  • Di Amerika Syarikat, purata berlakunya kadar jenayah adalah setiap 22 saat..

  • Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

  • Seekor buaya tidak akan boleh menjulurkan lidahnya keluar, walaupun membuka mulutnya setiap hari.

  • Siput mampu tidur selama 3 tahun secara terus-menerus

Tuesday, April 21, 2009

Penduduk gemuk sumbang pemanasan global

LONDON - Bilangan penduduk gemuk yang semakin meningkat menjadi penyumbang kepada pemanasan global, lapor sebuah akhbar semalam.
Beberapa saintis menyatakan peningkatan bilangan penduduk gemuk akan menyebabkan pengeluaran makanan perlu ditingkatkan sekali gus mengakibatkan pelepasan gas karbon dioksida ke udara.
Penduduk yang gemuk lebih suka memandu kereta sekali gus menjejaskan alam sekitar.
Seorang saintis dari Sekolah Kebersihan dan Tropika London Dr. Phil Edward berkata: "Pergerakan individu yang gemuk adalah seperti memandu dengan menggunakan minyak yang banyak."
Setiap individu yang gemuk bertanggungjawab melepaskan satu tan atau lebih gas karbon dioksida setiap tahun berbanding penduduk yang kurus.
Perangkaan itu menunjukkan tambahan satu bilion tan gas karbon dioksida setahun dilepaskan, menurut anggaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) terhadap penduduk yang gemuk. - Agensi